Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday, 23 May 2015

Bersiar-siar di Tokyo, Shinjuku Gyoen Park

 26 APRIL 2015

Shinjuku Gyoen National Garden

Dari Ueno Station kami ke Shinjuku Station. Gyoen Park mempunyai pintu masuk (gate) berdekatan dengan Shinjuku Station (New South exit), tetapi kami memilih untuk masuk melalui Sendayan Gate, yang kami kira lebih dekat untuk berjalan kaki. Kami mengambil JR Chuo Line ke Sendayan Gate. Lebih selesa dan tidak begitu ramai orang berbanding dengan di Shinjuku Station. 

Berjalan kaki lenggang kangkung kerana pagi pun masih awal lagi, 10 minit kami tiba di depan Sendayan Gate sebelum pukul 9 pagi. Tunggu sekejap untuk kaunter tiket mula dibuka.

Gyoen Park dibuka dari 9 pagi hingga 4:30 petang dan tiket masuk untuk seorang dewasa berharga 200 Yen.

Oleh kerana kami baru tiba di Jepun, kami tidak ada denominasi Yen yang lebih kecil dari nilai 10,000. Dari percakapan bahasa Jepun dan bahasa isyarat, kami sudah agak mereka menanya jika ada denominasi wang yang lebih kecil. Respek juga... walaupun kaunter baru dibuka dan kami antara yang pertama masuk ke taman hari tu, mereka masih mempunyai tukaran wang untuk mengembalikan baki Yen9,600 dari sekeping wang kertas 10,000Yen yang kami hulurkan, setelah kami membeli dua tiket berharga 200Yen (setiap satu).

Sendayan Gate Enterance

Mencari sisa sakura yang masih tertinggal...

Gyoen Park ialah tempat yang sesuai untuk dikunjungi sekiranya terlepas musim bunga cherry utama, kerana mempunyai sebahagian besar pokok cherry yang berbunga lewat. 

Musim bunga cherry berbunga lebat biasanya minggu terakhir bulan Mac hingga awal bulan April, berbeza mengikut tempat diseluruh Japan. Dibandar Tokyo, bunga sakura mula kembang pada 25 Mac 2015, dan masa yang terbaik ialah 29Mac - 5April 2015, ia hanya bertahan selama dua minggu dari tarikh mula kembang,









masih ada beberapa pokok cherry yang masih berbunga..









Menyesuaikan diri dengan wang syiling Yen dan belajar membeli dari vending machine Jepun ....

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...