We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Sunday, 31 May 2015

The Roof of Japan

27 APRIL 2015


Tateyama Kurobe "Alpen" route juga dikenali sebagai "Roof of Japan" adalah perjalanan merentasi pergunungan Tateyama. Full route boleh direntasi dari pertengahan April hingga akhir November.

Sumber ..
Perjalananan pergi balik dari hotel penginapan Ueno merentasi pergunungan Tateyama secara ringkasnya adalah seperti berikut:-
  1. Stesen Ueno ke Stesen Nagano - Hokuriku Shinkansen (JR Pass)
  2. Stesen Nagano ke Ogizawa - Bas (Bas No. 25, harga tiket 2,500 yen untuk seorang dewasa dibeli dari pemandu bas)
  3. Ogizawa merentasi Mt Akazawa melalui terowong ke Kurobe Dam - Trolley Tunnel Bus
  4. Kurobe Dam berjalan kaki ke Stesen Kurobeko
  5. Stesen Kurobeko ke Stesen Kurobedaira station - Kereta kabel
  6. Kurobedaira ke Daikanbo (kawasan puncak Tateyama) - Tateyama Ropeway
  7. Daikanbo merentasi pergunungan Tateyama ke Stesen Murodo - Trolley Tunnel Bus
  8. Murodo ke Stesen Bijodaira - Tateyama Highland Bus
  9. Bijodaira ke Stesen Dentetsu Tateyama - Kereta kabel
  10. Dentetsu Tateyama ke Station Toyama - Keretapi
  11. Toyama ke Stesen Ueno - Hokuriku Shinkansen (JR Pass)
Kami membeli tiket perjalanan penuh sehala dari stesen Ogizawa (3) merentasi pergunungan Tateyama dan turun sehingga station keretapi Dentetsu Tateyama (10) dengan harga Yen 9,490 bagi seorang dewasa untuk menaiki semua kenderaan yang disediakan (tunnel buses, cable cars, ropeway, highland bus dan keretapi)
Selain dari perjalanan sehala, anda juga boleh membeli tiket "roundtrip" (lebih murah) dari Ogizawa ke Murodo dan berpatah balik ke Ogizawa atau dari Dentetsu Tateyama ke Kurobe Dam dan berpatah balik ke Dentetsu Tateyama.

 

Nagano - Ogizawa

Turun dari stesen Nagano ke platform bas No. 25..





 Pejalanan ke Ogizawa melewati Omachi...

(Sebuah perhentian bas sejurus sebelum sampai ke pekan Omachi)


Banjaran Tateyama mula kelihatan dari jauh..


Perjalanan mendaki...


Sampai ke stesen Ogizawa...turun bas terus saja ke kaunter tiket untuk membeli tiket perjalan penuh sehala dari sini hingga ke stesen Dentetsu Tateyama di sebelah sana banjaran.



Empangan Kurobe ...


Di kawasan luar empangan Kurobe..

air empangan yang masih membeku

Beli aiskrim teh hijau melalui mesin.. (dapatkan resit pembelian dari vending machine ini, dan hulurkan kepada peniaga untuk mendapatkan aiskrim tersebut.. semua dalam bahasa Jepun.. tak faham.. ada staff kedai yang tolong operatekan vending machine ini untuk kami)


Berjalan kaki ke stesen Kurobeko untuk menaiki kereta kabel..


Berbaris untuk menaiki kereta kabel. Kami dibenarkan untuk memotong barisan panjang (travel group) ke barisan sebelah yang kosong (khas untuk pelancong "individu")


Foto dari dalam kereta kabel yang sedang menaik (gambar ke arah belakang)


Ke kawasan pelancongan (snow corridor) menaiki sky-cable...Tateyama Ropeway..


Pemandangan dari sky-cable car (ropeway)..


Snow Corridor di kawasan puncak Tateyama..





Ketinggian kawasan ini... (dalam bangunan resort)


Snow Corridor...




'Yuki-no-otami' Snow wall walk, di buka dari 16/4/2015 hingga 22/06/2015...



Perjalanan turun ke sebelah sana banjaran (dengan bas)..


Di stesen Bijodaira...



Lagi perjalanan menurun.. menaiki kereta kabel...


Menaiki keretapi di stesen Dentetsu Tateyama untuk ke stesen Toyama..


Meninjau apa yang ada di stesen Toyama sambil menunggu ketibaan shinkansen untuk balik ke Tokyo...


Cari air mineral sebelum menaiki Hokuriku Shinkansen menuju ke Tokyo (Stesen Ueno di hotel penginapan)











No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...