Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday, 26 May 2015

Bersiar-Siar di Tokyo

26 APRIL 2015

Dari Gyoen Park (post sebelum ini), kami kemudiannya menuju ke Tokyo Metropolitan Government Building

Bangunan ini berdekatan dengan Stesen Shinjuku (dari Gyoen Park, berjalan keluar melalui Shinjuku Gate, ataupun mengambil transit dari Stesen Sendayan ke Stesen Shinjuku). Kami mengambil transit ke Stesen Shinjuku kerana hendak mengurangkan berjalan kaki.

Kawasan persekitaran bangunan..



Bangunan ini mempunyai dua menara, iaitu menara Utara dan  dan menara Selatan.  Anjung tinjau di menara utara dibuka sehingga jam 11pm, sekiranya ingin menyaksi panorama bandar Tokyo pada waktu malam.   Masuk adalah percuma.



Pemandangan metropolitan Tokyo dari aras tinjau menara...





Membeli bekalan buah segar dari sebuah pasaraya yang ada di dalam stesen Shinjuku.


Berkomunikasi dengan menggunakan apps "Google Translate"



Sedikit "getting around tips"

Cara menggunakan mesin untuk membeli tiket transit secara tunai:-
  • Lihat peta jaringan rangkaian dan tentukan stesen mana anda naik dan stesen mana anda akan turun.
  • Pastikan harga tiket yang tertera untuk stesen pilihan anda (harga tiket adalah untuk 1 org dewasa)
  • Pilih mesin yang ada dwi-bahasa (Inggeris/Jepun)
  • Masukkan wang (syilling yen sehingga note 1000 Yen) menyamai atau lebih dari harga tiket yang tertera.
  • Butang tiket untuk 1 dewasa (atau lebih mengikut jumlah wang yang dimasukkan) akan menyala.
  • Tekan butang pilihan anda dan tiket akan dikeluarkan mesin beserta baki wang pulangan

jaringan rangkaian pengangkutan yang sibuk

Anda juga boleh menggunakan SUICA (lebihkurang macam kombinasi Touch 'n' Go dan prepaid debit card/e-money), bukan saja untuk membeli tiket transit, tetapi juga untuk membeli belah. Deposit 500 Yen diperlukan untuk membeli card ini. Penggunaan secara tambah nilai yang boleh dibuat di merata lokasi. Deposit 500 Yen dan baki yang ada akan dipulangkan setelah kad ini tidak mahu digunakan lagi (selalunya akan diserahkan di lapangan terbang). Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan INI.

Apps yang membantu kami semasa menggunakan transit di Jepun :-
  1. Japan Trains
  2. NAVITIME for Japan Travel
  3. Tokyo Subway

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...