Day 3, Ahad - 27/08/2017
Pagi-pagi lepas sarapan pagi, terus naik teksi dari hotel ke kawasan Pratunam. Kami meronda dua malls sahaja pun, Platinum Fashion Mall di Pratunam dan MBK Center, di Pathun Wan (lebihkurang 1.6km dari Pratunam)
Keadaan trafik lebih lengang di pagi Ahad.
Sesampai di Pratunam, shopping malls masih belum buka, lalu kami berjalan ke kawasan Pratunam Wholesale Market yang merupakan kawasan gerai-gerai di bahagian luar. Market ini pun baru saja sedang bersiap-siap untuk dibuka. Kami melalui lorong-lorong market ini untuk berpatah balik semula ke kawasan Platinum Fashion Mall.
Semasa masuk ke dalam Platinum Fashion Mall, mereka baru saja membuka unit masing-masing untuk memulakan perniagaan
Spend masa hingga selepas tengahari sebelum kami meninggalkan Pratunam untuk ke MBK Center, yang terletak lebihkurang 1.6km dari Pratunam. Kami memesan teksi untuk ke sana.
Sampai di MBK Center, kami mencari Yana Restoran untuk makan tengahari dahulu. Google map / waze menunjukkan lokasi restoran di luar MBK Center, sedangkan kami tahu yang restoran ini berada di dalam MBK Center. Akhirnya kami bertanya kepada information desk yang fasih berbahasa Inggeris yang memberitahu kami bahawa restoran itu terletak di aras 5.
Di antara makanan yang dipesan...
Gerai Thai Muslim Food ini (dalam food court) ada bertentangan dengan Restoran Yana.
Lepas tu baru kami meronda MBK Center untuk sedikit aktiviti shopping...
Apa yang diperhatikan di MBK ini, tiada barangan kulit jenama tiruan yang dijual. Dari segi design nampak macam ada persamaan dengan yang ori, tetapi samada mereka tidak meletak label jenama pada barangan tiruan mereka ataupun mereka letak label jenama sendiri. Ada kawan yang mengirim belikan walet kulit berjenama. Katanya MBK ini pusat barangan kulit sewaktu dia pergi dahulu. Sepanjang meround tidak jumpa satupun walet kulit berjenama (tiruan), malah di pusat membelibelah yang lain pun begitu juga. Memang ada jumpa walet berjenama, tapi harganya harga ori.
Hari sudah petang selepas di MBK Center lalu kami mengambil teksi terus saja pulang berehat di hotel pada malam itu.
Kos untuk teksi hari ini..
Hotel ke Pratunam 12km 110B
Pratunam ke MBK ..km 50B
MBK ke hotel ..km 150B
No comments:
Post a Comment