Semalam di Martin Brod, tidak puas untuk kami menikmati keindahan sekitar. Bersiap pagi-pagi hari untuk meninggalkan kampung yang sangat cantik ini dengan kenangan indah. Rasanya tidak lengkap datang ke Bosnia jika kami tidak berkunjung ke sini. Syukur pada setiap kesempatan yang kami lalui, dan semuanya selamat dan lancar sepanjang kembara kami.
Setelah keluar ke pekan Drvar, barulah dapat menghubungi host penginapan (untuk memberitahu yang kami dah checked-out) kerana tiada capaian internet di kawasan penginapan.
Perjalanan hari ini akan berhenti bermalam di Travnik, dengan menyinggah di Jajce. Apartment penginapan di Travnik pun kami tempah online semasa berada di Una National Park (Strbacki buk) kerana disitu kami dapat capaian internet.
Sampai di Jajce dalam keadaan hujan renyai-renyai. Sambil mencari-cari tempat pakir yang sesuai, kami masuk ronda ke kawasan 'Old town' yang sememangnya lagi susahlah untuk dapat pakir.
Tidak jauh dari kawasan 'Old town' ada tempat pakir awam bermeter. Dapatkan sedikit syiling di sebuah stesen minyak kecil di situ, sambil mendapatkan maklumat tentang pakir di situ. Tinggalkan kereta di kawasan itu, lalu kami berjalan kaki di kawasan sekitar.
Pemandangan air terjun Pliva dari kawasan tanah tinggi, tempat kami pakir.
Kawasan masuk 'Old town' yang tidak jauh, cuma bersebelahan sahaja dari tempat kami pakir kereta.
Masuk waktu Zohor, kedengaran azan berkumandang.
Lepas zohor, kami meninggalkan Jajce, menuju ke apartment penginapan di Travnik. Lebihkurang 6 kilometer sebelum sampai ke Adora Apartment, Travnik, kami singgah di Turbe, untuk menziarahi, Dzamija Malezija, sebuah masjid yang dibangunkan serta dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2005.
Bahagian dalam masjid.
Semasa Asar di sini, kami berjumpa dengan pelancong-pelancong Malaysia (van 18 orang) yang juga singgah di masjid ini untuk solat Asar. Mereka akan meneruskan perjalanan ke Sarajevo, lebihkurang 100km perjalanan lagi, sementara kami akan singgah bermalam di Travnik (6km dari Turbe).
Sampai di Travnik, kami tercari-cari apartment yang ditempah. Ikut lokasi yang diberikan (wazer/google maps), memang betul dah lokasinya, cuma sampai di bahagian belakang apartment yang mana jalan sempit dan susah untuk menenggekkan kereta bagi mencari apartment. Akhirnya, seorang pekedai di situ, menolong kami dengan menefon host apartment yang kemudian datang menemui kami di tepi jalan.
Setelah settle down di apartment, hari pun dah gelap, kami keluar untuk makan malam di sebuah restoran yang disyorkan oleh host apartment, tidak berapa jauh dari apartment. Makan malam yang enak dan harga pun berpatutan.
Rabu - 13/11/2019
Pemandangan bahagian depan apartment dari jalan besar.
Setelah settle down di apartment, hari pun dah gelap, kami keluar untuk makan malam di sebuah restoran yang disyorkan oleh host apartment, tidak berapa jauh dari apartment. Makan malam yang enak dan harga pun berpatutan.
Rabu - 13/11/2019
Pemandangan bahagian depan apartment dari jalan besar.
Beritahu host yang kami akan check out, lewat sikit lepas tengahari esoknya, dapatlah kami meronda-ronda pekan Travnik dengan berjalan kaki.
(sebuah masjid kecil di laluan semasa berjalan kaki meronda pekan Travnik) |
Sarena Dzamija, atau Colored / Ornamented mosque, adalah masjid utama di Travnik. Tipikal senibina Osmaniah dan cantik hiasanya.
Balik semula ke apartment, bersiap-siap untuk check out. .
Sebelum meninggalkan Travnik, naik dulu dengan kereta untuk meninjau Fortress Stari grad atau Travnik Castle.
Destinasi seterusnya adalah ke Sarajevo, merupakan persinggahan akhir di Bosnia.
Merancang, sewa kereta dan pandu sendiri di Balkan, tip dan pemerhatian kami ada disimpan dipost ini..
No comments:
Post a Comment