Episod akhir cerita percutian di India...
(20 Nov 2014 - 04 Dec 2014)
1. Cerita air minuman
Kami tersangatlah mengambil perhatian khusus tentang perkara ini. Selalu sangat mendengar cerita diarrhea dari kawan-kawan yang pernah ke sana, ataupun yang berkongsi di blog.. hinggakan ada kawan yang cadang supaya bawa air minuman dari Malaysia.
Mujurlah selama 2 minggu di India masalah sakit perut tidak terjadi pada kami sekeluarga. Gara-gara terlampau berpantang agaknya.. kami cuma minum air kosong botol sahaja..walaupun di hotel, semasa bersarapan tea/kopi tak diminum. Cuma pada hari-hari akhir sahaja baru berani minum air bergas atau jus dalam botol.
Nak masak air dalam bilik pun mesti guna air botol,tidak guna air paip kerana tahap kebersihan yang berbeza, tak sesuai dengan perut orang Malaysia yang manja.
Air botol samada "mineral water" atau "drinking water with add mineral" selamat diminum. Pastikan seal penutup belum terbuka dan jangan beli air botol kat tepi2 jalan. Setiap hari travel agent menyediakan air botol dan dalam bilik hotel pun ada juga yang free... dah mencukupi untuk kami.
macam-macam jenama air...
Bisleri - air yang dibekalkan oleh agen.
Rail neer - diberi semasa dalam keretapi dari Lucknow ke Agra
2. Wifi di India
Agen menyediakan SIM Bharti Airtel. Sim didaftarkan di Delhi.. jadi bila keluar dari Delhi mesti setting pada roaming kerana dah masuk kelain negeri, iaitu Agra, Jaipur, Ranthambore, Pushkar dan Jodpur dalam Rajasthan manakala Lucknow, ibu negeri kepada Uttar Pradesh. Penggunaannya tidaklah mahal, untuk 2 minggu kos top- up ialah INR200 untuk wifi dan call.
Coverage nya bagus. Kami tidak ada signal hanyalah semasa dalam hutan semasa aktiviti Safari di Ranthambore.
3. Makanan halal
Restoran makanan halal senang didapati. Pun begitu, terutamanya di hotel.. bila di tanya halal.. yakin aje mereka kata halal sebab dapat bekalan dari pembekal muslim. Tapi bila tengok menu.. benda tu pun ada juga disediakan sebaris dengan menu yang lain. Mereka sebenarnya kurang kefahaman tentang makanan halal untuk muslim.. bagi mereka cukup sekadar mendapat bekalan ayam/ daging yang halal sahaja..
Kami sekeluarga bersetuju tentang makanan di India memang enak.
Hampir setiap hari ulang menu yang sama...
beryani ayam, nasi kosong, boneless chicken butter, tandori dan roti nan..
4. Shopping
Sebenarnya India mempunyai tarikan tersendiri dengan pelbagaian barangan krafttangan yang unik dan tawaran harga yang agak murah untuk bershopping.
Di Lucknow - saya tertarik dengan sulaman kain kapas (chikan kari) yang berkualiti dan harga pun lebih murah berbanding dengan tempat lain.
Antara blouse sulaman kapas dari Lucknow |
Jaipur - terkenal dengan batu permata.. tetapi saya bukanya jauhari yang pandai menilai manikam. Cadar/ bed cover di sini lebih murah berbanding tempat lain.
Agra - terkenal dengan seni ukiran pada batu marmar,
Hasil kraftangan seperi cadar, boleh didapati di mana-mana tempat, cuma harganya yang berbeza-beza. Contoh untuk cadar yang sama, paling mahal ialah di Woman Craft Ranthambore.. mungkin tempatnya agak jauh ke pedalaman.
Tentang harga.. bila tengok muka pelancung mestilah mereka sesuka hati je letakkan harga. Apa lagi di kedai tourist. Pemandu atau pemandu pelancungan sedaya upaya akan membawa ke kedai rangkaian mereka untuk dapatkan komisyen.
Bila ada yang berkenan.. tanya je diri sendiri samada berpatutan atau tidak harga dan kualiti barang. Kata orang baik menyesal beli daripada menyesal tak beli (betul ke...!)
Tip saya.. bila ada yang berkenan, janganlah tunjuk sangat.. apa lagi bila diminta diskaun langsung tak mahu layan, katanya fixed price. Tapi bila kita dah nak balik pasti mereka akan turunkan juga harga...
atau pun.. beli satu dulu.. lepas tu mereka pasti kata... i will give u discout for the 2nd item..
atau pun.. beli satu dulu.. lepas tu mereka pasti kata... i will give u discout for the 2nd item..
Beberapa kali taktik saya ni menjadi...
(corak cadar hasil krafttangan yang menarik) |
Jika bercadang untuk memborong sakan.. google dan meronda sendiri bebas tanpa travel agent, lagi panjang langkah yang boleh diatur. Saya sempat bertanya tentang sewa teksi di Delhi.. sekitar INR1,800 untuk 8 jam perkhidmatan.
Delhi merupakan wilayah yang besar, dibahagi kepada wilayah Utara, Selatan, Timur, Barat, Central dan Old Delhi. Populasi penduduk 12 juta orang, yang menyumbang kepada keadaan lalu lintas yang tersangatlah sesak, terutama waktu bekerja. Jadi pemilihan lokasi hotel amat penting supaya masa tidak banyak terbuang di jalan raya.
* berangan untuk ulang trip ke Delhi dan Jaipur untuk trip shopping... jom geng cik kiah..
Delhi merupakan wilayah yang besar, dibahagi kepada wilayah Utara, Selatan, Timur, Barat, Central dan Old Delhi. Populasi penduduk 12 juta orang, yang menyumbang kepada keadaan lalu lintas yang tersangatlah sesak, terutama waktu bekerja. Jadi pemilihan lokasi hotel amat penting supaya masa tidak banyak terbuang di jalan raya.
* berangan untuk ulang trip ke Delhi dan Jaipur untuk trip shopping... jom geng cik kiah..
5. Tip.. tip..tipping..
Mereka mengharapkan tip dalam setiap perkara...
Panduan kasar expectation mereka :-
- pemandu peribadi (dalam Rs400 sehari walaupun upah sudah dibayar)
- pemandu pelancung (dalam Rs200 bagi setiap tempat. Kalau pergi dua tiga tempat di sesebuah bandar/pekan tu, memadai dalam Rs500 sehari). Agaknya tip lebih mahal daripada gaji mereka.
- restoran 10% dari jumlah harga makanan sekiranya anda berpuas hati dengan layanan
- naik gajah dan unta pun minta tip walaupun tiket dah kita beli (Rs100)
- angkat beg di hotel (Rs20 bagi sebuah beg dan Rs100 bagi empat buah dan lebih)
- kat tandas restoran.. muka kesian yang hulurkan tissu (dari Rs10)
6. Anak-anak gelandangan/ pengemis di mana-mana
Cerita pada suatu malam di Delhi..
Setelah google restoran halal yang berdekatan dengan hotel, kami meminta kaunter hotel untuk mendapatkan teksi. Jaraknya sekitar 6km.. tapi sudah setengah jam dalam teksi belum pun sampai.. jalan sesak yang teramat. Lalu sipemandu mencadangkan ke tempat lain, tapi restoran biasa yang agak terbuka.. kat situ ada beberapa restoran halal.
Semasa kami menjamu selera, saya perasan diperhati oleh beberapa anak2 pengemis.. seorang dari mereka sekitar umur 5 tahun datang menghampiri sambil menadah tangan.. saya tunjukkan nasi... dia angguk.. lalu saya masukkan nasi bryani ke dalam cawan plastik dan hulurkan kepadanya. Tak dapat saya lupa senyuman anak kecil itu dan matanya yang bercahaya mendapat rezeki...
dan tetiba tekak saya terasa tersekat untuk menelan makanan...
Terutama kepada anak-anakku.. semuga pengalaman berharga di sini akan menyerap masuk ke dalam hati untuk renungan dan muhasabah diri, mendapat banyak iktibar serta sentiasa bersyukur...
anak2 gelandangan di Pushkar |
Saya menyediakan biskut/ gula2 untuk dihulurkan pada yang meminta..
7. Tukaran wang
Tukaran wang di Malaysia atau India hampir sama nilainya
IND100 = RM5.50 yang paling murah saya dapat kat money changer di Ikano,
IND100 =RM6.00 di kawasan Nilai
Manakala perpelanjaan mengunakan kad kredit, tukarannya melebihi 1% dari nilai semasa, iaitu IND100 = RM5.61
Manakala perpelanjaan mengunakan kad kredit, tukarannya melebihi 1% dari nilai semasa, iaitu IND100 = RM5.61
Adalah disarankan juga untuk mendapatkan note Rs 20 dan Rs50 sebelum tiba di India kerana note yang paling kecil di Malaysia adalah Rs100. Kami meminta agen kami di sana supaya menyediakan sejumlah note ini semasa ketibaan di India.
* kami berhubung dengan agen di India dengan whassap/viber sahaja untuk memperkemaskan percutian kami.
8. Sediakan stokin
Kebanyakan tempat yang dilawati kena buka kasut sebelum masuk.. lantai yang tidak bersih dan banyak tahi burung. Sediakan stokin terutamanya jika ada anak macam anak saya yang tak suka memakai stokin bila keluar berjalan.
Di Taj Mahal.. pelapik kaki disediakan tapi tidak di tempat-tempat yang lain.
9. Tahap kebersihan
Sesuatu yang tidak menarik bila bercerita pasal kebersihan di India.. memang menyakitkat mata dan hidung.. sampah sarap merata-rata, meludah sana sini,.. malahan jika ada tembok ditepi-tepi jalan, menjadi tadahan yang melepaskan hajat disitu. Ruang udara yang kelam berjerebu tambahan lagi bila musim panas bulan jun julai. Jika bercadang mengunjungi India pada musim tu, sebaiknya menyediakan penutup muka/mulut.
Sesuatu yang tidak menarik bila bercerita pasal kebersihan di India.. memang menyakitkat mata dan hidung.. sampah sarap merata-rata, meludah sana sini,.. malahan jika ada tembok ditepi-tepi jalan, menjadi tadahan yang melepaskan hajat disitu. Ruang udara yang kelam berjerebu tambahan lagi bila musim panas bulan jun julai. Jika bercadang mengunjungi India pada musim tu, sebaiknya menyediakan penutup muka/mulut.
10. Tahap keselamatan
Jika berkunjung ke tempat awam seperti local market.. perlulah langkah berjaga-jaga.. kerana kes ragut, penipuan sering berlaku. Adalah lebih selamat menyimpan posport di kamar hotel dan cuma membawa salinannya sahaja untuk kemana-mana.
Pernah kami bertanya pada pemandu untuk meninggalkan sebahagian bag di dalam kereta, supaya tidak perlu angkut semua ke bilik, apalagi jika persinggahan cuma semalaman seperti di Pushkar. Tetapi tidak digalakkan berbuat demikian kerana katanya atas faktor keselamatan, memandangkan kereta diletak di tempat terbuka. Pemandu kadang2 tidur di dalam kereta sahaja bila tidak ada bilik yang sesuai dengan bajetnya.
Pernah kami bertanya pada pemandu untuk meninggalkan sebahagian bag di dalam kereta, supaya tidak perlu angkut semua ke bilik, apalagi jika persinggahan cuma semalaman seperti di Pushkar. Tetapi tidak digalakkan berbuat demikian kerana katanya atas faktor keselamatan, memandangkan kereta diletak di tempat terbuka. Pemandu kadang2 tidur di dalam kereta sahaja bila tidak ada bilik yang sesuai dengan bajetnya.
11. Pakej atau sendiri
Untuk kebiasaannya pakej golden triange sudah mencukupi., iaitu 2 malam di Delhi.. 2 malam di Jaipur dan 2 malam di Agra. Rajin-rajin lah membaca review hotel ataupun tour agent sebelum membuat pilihan. Yang bercadang untuk meneroka India secara DIY pastinya akan mendapat pengalaman yang berbeza dan lebih mencabar, serta perlu persediaan maklumat yang lebih rapi
* Taj Mahal tutup pada setiap hari jumaat.
* Taj Mahal tutup pada setiap hari jumaat.
12. Fridge magnet
Benda wajib yang mesti dicari setiap kali pergi bercuti, samada untuk koleksi sendiri atau pesanan kawan-kawan. Tambah lagi pemintaan yang semakin tinggi berbanding souvenir yang lain. Paling murah yang saya dapat ialah di Agra, daripada penjual jalanan, iaitu INR1,000 untuk 25nos. dari harga mula INR300 utk satu
koleksi FM dari India |
Beli masa dah nak balik ke kereta.. kerana jika beli masa pergi awal-awal lagi pasti anda susah untuk terlepas dari dikerumuni oleh penjual yang lain.. nanti nak berjalan pun susah..
- India - Perancangan
- Day 1 - Dari KL ke Delhi
- Day 2 - Dari Delhi ke Lucknow
- Day 3 - Lucknow
- Day 4 - Dari Lucknow ke Agra
- Day 5 - Agra
- Day 6 - Fatehpur Sikri
- Day 7 - Ranthambore Safari
- Day 8 - Jaipur
- Day 9 - Around Jaipur
- Day 10 - Sunset in Pushkar
- Day 11 - Jodhpur
- Day 12 - A relaxing day at Balsam...
- Day 13 - Jodhpur to Delhi
- Day 14 - Delhi
- Day 15 - Selamat Tinggal Delhi