Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Thursday, 16 January 2020

Kravice Waterfalls, Bosnia - Kembara Balkan (November 2019)

Sabtu - 09/11/2019

Pekan Neum yang sepanjang 22km, merupakan satu-satunya kawasan Bosnia yang bersempadan dengan laut.  Pagi-pagi hari lagi kami dah sampai di Neum dari Slano, Croatia.  Keadaan pekan Neum agak lengang dan banyak kedai tutup. Kami singgah beli buah-buahan sedikit di sebuah kedai grocery dan kata tuan kedai, hujung minggu (Sabtu dan Ahad) banyak kedai tutup. Tuan kedai tunjuk post office di seberang jalan untuk kami dapatkan sim kad. Malangnya, pos ofis buka tapi kaunter yang menjual simkad tutup.

Kami pun round pekan Neum sekejap dan terus plan untuk ke Mostar hari ini dengan menyinggah di Kravice waterfalls memandangkan tidak banyak aktiviti dapat dilakukan di Neum.

 

Perjalanan ke Kravice waterfalls melalui highway sehingga ke suatu tempat kami terpaksa melencong ke jalan kecil sebab highway belum sepenuhnya siap dibina. Jalan kecil ini merentas tanah berbukit, jalan yang agak sempit, ciri-ciri kawasan pendalaman. Tidak banyak kenderaan yang lalu, sunyi dan lengang. Suspen juga, kalau-kalau kereta buat hal di tengah-tengah kawasan terpencil begini, sangat jarang-nampak ada penempatan di sekitarnya. Kalau nampak ada pun, cuma dua tiga biji rumah saja. Dah lah internet tiada hanya bergantung ke pada off-line map dan sedikit tanda-tanda arah kecil di tepi jalan.

 
 

Keluar dari kawasan terpencil ini, kami mula memasuki jalanraya raya biasa ke arah Kravice waterfalls. Kami singgah di sebuah kedai yang ada menjual simkad. Walaupun susah payah berkomunikasi (mereka hanya dapat bertutur dalam bahasa tempatan) akhirnya kami dapat akses internet dengan top-up sekali. Tetapi setelah memandu beberapa ketika,  kami dapati akses internet sudah putus.

Berhenti di sebuah stesen minyak, ingatkan kalau-kalau ada simkad lain nak beli. Mereka tak jual simkad tetapi tuan punyai stesen dan dua orang pelanggan yang sedang minum kopi cuba bantu kami untuk mendapatkan kembali akses internet daripada simkad yang kami beli tadi. Mereka cuba setting dan siap telefon orang lain untuk bantuan juga, tapi gagal juga. Internet tetap tiada, maka terpaksalah kami meneruskan perjalanan ke Kravice waterfalls hingga ke Mostar pada hari itu dengan offline map. Di apartment Mostar, kami juga bertanyakan host apartment kisah simkad yang kami beli itu dan beliau juga tidak tahu mengapa. Nanti kami sambung cerita simkad ini di post Mostar selepas ini.

Pekan paling dekat dengan Kravice waterfalls, adalah Studenci. Kami cuba intai kalau-kalau ada kedai service provider yang buka untuk kami beli simkad lain. Banyak kedai-kedai nampaknya tutup, lalu kami teruskan saja perjalanan ke Kravice waterfalls yang tidak jauh lagi dari situ.



Kami sampai agak awal di Kravice waterfalls. Pakir kereta di kawasan yang disediakan. Boleh meninjau dari jauh airterjun di kawasan pakir ini. Ada entrance fee nak masuk ke kawasan waterfalls.

 

Kawasan waterfalls walaupun tidak seluas mana, ianya cantik. Beberapa foto dari beberapa angle berlainan, tidak penat berjalan kerana kawasannya tidaklah seluas mana.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
  

Kami mula meninggalkan Kravice waterfalls apabila awan dilangit mula nampak tebal menghitam dan hujan mula rintik-rintik.


Hari mula hujan dengan lebat. Di sinilah kami memandu dalam keadaan hujan yang sangat lebat serta angin yang kencang.  Plannya nak singgah di pekan kecil Pocitelj, kerana di situ banyak tinggal Daulah Osmaniah seperti Masjid Ibrahim Pasha dan kubu medical museum terbuka terletak di tepi sungai  Neretva. Tapi hujan lebat sangat dan tak ada celah untuk berhenti kami, cuma mampu  nampak tembok fortress dari jauh sahaja, 

Kereta kami ditimpa batu kecil yang jatuh dari lereng bukit, nasib baik tidak tertimpa cermin depan. Kena di sisi rangka cermin depan, meninggalkan sedikit kesan kemek. Barulah terasa ada baiknya ambil full insurance coverage daripada insuran basic sahaja.

Akhirnya, kami sampai dengan selamat di apartment Mostar, yang pada mulanya tidak jumpa, walaupun lokasinya di tepi jalan. Berhenti di stesen minyak, bertanyakan orang di situ dan minta kebenaran guna internet stesen minyak untuk dapat lokasi bagi membolehkan kami memandu ke apartment. Walau bagaimanapun, host apartment datang fetch kami apabila kami dapat berhubung dengannya melalui whatsapp call menggunakan internet stesen minyak. 

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...