Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday, 7 January 2020

Montenegro - Kembara Balkan (November 2019)

Ulcinj 06/11/2019

Dari Albania, kami cross border di Muriqan (Shkodër) ke Sukobin (Ulcinj), Montenegro. 


Sebelum ke penginapan di Kotor, kami melencong dulu ke Ulcinj, daerah yang mempunyai ramai penduduk Islam.  Banyak sejarah Islam tercatat di sini dan kami ingin menziarah Sailor's atau Seaman's mosque yang terletak di tepian laut Adriatic. Masjid ini juga dikenali dengan nama Xhamia e Detarëve yang dulunya juga berfungsi sebagai rumah api (light house) kepada pelaut-pelaut/nelayan tempatan.


Masjid ini asalnya dibina pada kurun ke 14, menunjukkan Islam telah bertapak di sini sebelum kedatangan Daulah Osmaniah lagi yang menguasai kawasan ini pada abad ke 15. Ianya dibina semula oleh Skadar Ibrahim-Pasha Bushatlija (1797-1809) tetapi telah ditutup serta dimusnahkan pada tahun 1931 setelah Montenegro di kuasai oleh Yugoslavia selepas Perang Dunia I.


81 tahun kemudiannya (tahun 2012), masjid ini dibina semula oleh pelabur-pelabur swasta dari Alanya, Turki dengan kerjasama dari Persatuan Islam Montenegro dan Majlis Perbandaran Ulcinj. Mengikut kata seorang penduduk tempatan, vardon, yang kami bersembang ketika sampai, Persatuan Islam Montenegro / Majlis Perbandaran Ulcinj telah mendapat perintah mahkamah untuk menghalang tapak asal masjid dari dijadikan sebahagian kawasan resort/hotel yang dibangunkan di situ. Pemilik resort/ hotel bersetuju untuk mengalihkan bangunan hotelnya supaya tidak menggunakan tapak masjid. Dengan itu, dapatlah masjid yang kita nampak hari ini dibina di atas tapak asalnya, manakala hotel itu dengan perubahan rancangan dibina di kawasan sebelah masjid.   


Bahagian dalam masjid


Taman kecil masjid


Pemandangan masjid dari jeti laut.  Angin bertiup agak kuat dan ombak bergelora tinggi hingga membasahi kawasan letak kereta.  Pelancong ramai berkunjung pada musim panas, seperti kata Vardon, di sini 6 bulan mereka bekerja dan 6 bulan lagi mereka tidur/rehat kerana tiada ramai pengunjung. Mungkin kerana ini, beberapa kedai/restoran di sini nampaknya tidak beroperasi.



Pemandangan dari tanah tinggi/bukit di tepi kawasan masjid


Tidak tahu di mana nak pakir semasa mencari tempat makan tengahari, kami pakir saja di tepi jalan memandangkan kereta-kereta lain pun ada yang pakir di situ. Semasa bersembang dengan tuan punya restoran, katanya, "Don't worry", walaupun sebenarnya tak boleh parking sebarangan, namun kalau ada tiket, bayar saja kat bawah (dekat dengan restoran). Bayar parking, bukannya saman katanya.

Ini yang buat tak sedap nak enjoy lunch 😨

(Lunch)
Kebetulan pula lepas lunch, ada kecemasan berlaku. Habis kereta kami kena block dengan kereta bomba. Tak boleh bergerak dan kereta bomba pula tidak dialihkan. Akhirnya dengan bantuan orang-orang di situ, kami reverse, naik atas curb, negotiate tiang lampu dan ruangan yang ada di antara kenderaan di situ, dapat juga kami loloskan diri berpatah balik ke jalan one-way kerana jalan yang sepatutnya kami tuju telah terhalang oleh kereta-kereta bomba. Nak tunggu bomba habis kerja kecemasan mereka, entah berapa lama pula. Nasib baik tak ada tiket ataupun saman di cermin kereta.  


Dalam perjalanan ke Kotor, lebih kurang 90 km dari Ulcinj, cuaca hujan. Kami hanya melewati Bar dan Budva, hanya berhenti di tempat-tempat yang tidak hujan sahaja untuk foto. Banyak pemandangan menarik tepi pantai/laut Adriatic, terutamanya selepas Bar sebelum sampai ke Budva yang kami hanya tengok dari dalam kereta sahaja.



Kami melencong masuk meninjau bandar Budva sekejap dalam cuaca hujan.



Kotor (06/11/2019 - 08/11/2019)

Kami booking penginapan di Kotor secara online semasa di Ohrid. Untuk sampai ke apartment penginapan yang terletak di tepi teluk Kotor Bay, kami memandu jalan sempit, dan ada stretch jalan yang tak muat utk berselisih pun. Seriau juga sebab rapat ke tepi laut tanpa penghadang langsung, silap haribulan tergelincir jalan terus masuk laut. Apabila diperhatikan betul-betul, baru perasan, kalau tergelincir ke dalam laut, kawasan tepi tu bukannya terus laut dalam, ada pelantar konkrit yang dibina di tebing. Tapi tidak semua stretch jalan ada pelantar tu, dan ada juga stretch jalan yang mempunyai penghadang.



Penginapan di sini memang cantik, cuma jalan masuknya seriau di satu dua tempat. Menginap 2 malam di apartment Holiday Home Cattaro, nampak bas pusing keliling Kotor Bay, ulang alik ke pusat bandar Kotor. Kata host apartment, bas itu pusing sejam sekali, boleh naik depan apartment.

Pemandangan mengarah ke Kotor Bay dari apartment kami:-


Tetamu kami setiap hari..



Kotor Old Town

Kotor old town termasuk dalam list warisan budaya/world cultural inheritance  UNESCO sejak tahun 1979.


Ramai juga yang mendaki ke atas bukit (berjalan kaki) menziarah monasteri di atas sana. Kami tidak mendaki sebab sebelah pagi sebelumnya kami telah mendaki naik dengan kereta ke Lovcen National Park.


Berjalan-jalan di celah-celah bangunan lama yang kebanyakannya telah menjadi kedai-kedai pelancong dan juga penginapan.


Bahagian dalam salah sebuah gereja yang terdapat di old town.


Berjalan keluar kawasan old town dari bahagian tepi untuk kembali ke tempat pakir kereta di bahagian depan kawasan old town. Foto-foto di luar sebelah tepi kawasan old town:-


Bahagian depan kawasan old town, hampir dengan tempat kami pakir kereta:-



Lovcen National Park, Kotor

Sebelum ke old town, di sebelah pagi kami memandu naik ke Lovcen National Park, destinasi utama kami di Kotor. Untuk naik ke sini, anda boleh menyewa kereta pandu sendiri ataupun mungkin juga boleh menyewa teksi naik ke atas. Tiada pengangkutan awam yang naik sampai ke atas. Tengoklah saja keadaan jalan yang dipaparkan oleh waze semasa kami memandu naik,  rasanya memang bas tak boleh naik, apabila lagi di stretch yang dipanggil Kotorske Serpentine ini:-





Hari-hari di Montenegro, cuaca kebanyakannya hujan. Malam pertama hari kami sampai di Kotor, kami tinjau ramalan cuaca. Daripada website accu-weather, keesokan harinya (hari ke-2 di Kotor) telah diramalkan tidak hujan disebelah pagi antara jam 9 hingga 11 pagi. Itulah yang buat kami ubah rancangan untuk naik ke Lovcen National Park dahulu sebelum ke Kotor old town.

Bila hujan, takut-takut jalan licin untuk mendaki. Dah lah kami terlepas jalan masuk yang biasa orang pergi. Kami masuk jalan yang lebih sempit sampai ada satu tempat tu, konar kereta pun tak lepas.

Pemandangan di atas sana memang cantik. Foto-foto di bawah ini adalah lebih kurang jarak pertengahan pendakian kami ke atas. 


Yang jalan masuk untuk naik ke puncak. Di belakang, berdekatan dengan dengan jalan masuk ini, ada penjaga yang mengutip bayaran masuk. $5 euro (? lupa) sekali masuk.


Foto-foto di bawah ini diambil dari kawasan puncak/end of road 


Kami hanya berjalan naik ke atas, tetapi tak masuk ke muzium yang ada di puncak itu..bayaran masuknya kami rasa tidak berbaloi..


Menuruni National Park ikut jalan lain.... ada jalan luas semacam highway pula yang baru disiapkan di laluan turun kami sebelum bertemu kembali di jalan sempit dan berliku sewaktu kami mendaki naik tadi.


Antara foto-foto yang kami ambil semasa berhenti di laluan jalan turun..



No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...