Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Saturday, 11 January 2020

Dubrovnik, Croatia - Kembara Balkan (November 2019)

Jumaat (08/11/2019)

Dari apartment di Kotor, kami memandu ke destinasi hari ini, Dubrovnik, Croatia, dalam keadaan cuaca hujan. Jalan pintas, lebih cepat dan dekat, untuk menghala ke Dubrovnik ialah dengan menaiki feri (muat kereta sekali) di Kotor untuk ke seberang sana di Herceg Novi. Masa dapat dijimatkan setengah jam berbanding dengan memandu kereta melalui jalan untuk sampai ke Herceg Novi.

Jeti Kotor tak jauh dari apartment kami, tapi hari masih awal pagi untuk feri beroperasi, lagipun cuaca yang hujan rasa tak seronok nak naik feri.

Memandu sampai di Perast, kami pakir di kawasan tinjau, untuk melihat "Our Lady of the Rock". Kalau naik feri, ia akan lalu dekat "pulau" kecil ini. Tapi ini sajalah yang kami nampak dari dalam kereta semasa pakir, dalam keadaan hujan yang agak lebat:-


Tak singgah lama, kami pun terus memandu ikut pandu arah waze ke Dubrovnik yang akan melewati Herceg Novi nanti. Sebenarnya kami dah booked apartment di Herceg Novi, ingatkan akan memakan masa untuk sampai ke Dubrovnik. Congak punya congak, dijangka akan sampai tengahari di Dubrovnik dan bolehlah terus ke Neum, Bosnia untuk bermalam. Jadi kami cancel apartment booking di Herceg Novi tanpa dikenakan sebarang charge.

Di suatu tempat itu, Waze tunjuk exit ke kiri di mana jalannya kecil dan sempit, tak nampak macam jalan raya pun. Kami ignore dan terus memandu. Cuaca makin baik, dan kami berhenti seketika untuk berfoto di tempat yang nampak cantik ini. Tanah tinggi memandang ke Kotor Bay di bahagian bawah.


Kami terus memandu ikut arah tanda ke Dubrovnik, tapi kenapa ETA waze tunjuk masa lebih 2 jam untuk sampai ke destinasi!!!  Kami cuba google map, pun sama.  Bila check balik waze, route option, waze tunjuk jalan U-turn dan ETA lagi cepat sampai.  Kami pun berpatah balik pergi ke jalan yang waze tunjuk mula-mula tadi.  Bila masuk jalan sempit itu, ianya mendaki naik, tak nampak langsung ada jalan keluar, waze bawa kami masuk kampung.  Kami pusing balik dan cuba jalan yang masuk ke celah-celah perumahan, yang nampak besar sikit jalannya. Di hujungnya barulah nampak jalanraya untuk kami keluar dari kawasan itu. Lega apabila nampak tanda jalan ke arah Herceg Novi di samping waze menunjukkan masa sampai di Dubrovnik sebagaimana yang sepatutnya.  Haa.. itulah special pakej DIY ni.. tempat yang takde dalam iti pun kami sampai.  Itulah...!  semuanya pengalaman dan kenangan buat kami.


Dari seberang Herceg Novi, kami nampak  "Our Lady of the Rock", agak jauh pemandangan dari situ.

Kami sampai di Dubrovnik pukul 1 tengahari, dan terus cari pakir (berbayar pakai debit card) berhampiran dengan Dubrovnik old town, kawasan tumpuan pelancong. Estimate untuk bersiar-siar dalam 2 jam di dalam kawasan Dubrovnik old town ini. Sedikit foto-foto di old town.


(Tempat solat/masjid kecil dalam old town Dubrovnik)


Jam dah tunjuk 4.30 petang, kami pun terus ambil kereta dan memandu ke arah border-crossing. Kami batalkan hasrat untuk bermalam di Neum, Bosnia kerana tidak sempat sampai sebelum malam. Nak cari hotel bajet selepas Dubrovnik. Yang susahnya, kami tak ada internet access. 


Berhenti lagi di tengah jalan untuk ambil foto pemandangan menjelang malam.


Kami dah agak risau bila jauh selepas Dubrovnik, tak ada nampak bandar/pekan tepi jalan untuk kami singgah cari hotel. Sepanjang2 jalan dari Dubronik menuju ke Neum melalui jalan pesisiran laut Adriatik, sebelah kiri laut yang jauh di bawah cerun, dan sebelah kanan pula banjaran darat.

Tiada lagi foto yang dapat diambil kerana hari dah malam. Ada satu apartment tepi jalan yang kami nampak dan berhenti, tapi tak ada tuannya pulak. Akhirnya, kami sampai di pekan Slano (lebih kurang 35km dari Dubrovnik), terus pandu masuk, tak kiranya apartment/hotel macamana, kami kena singgah juga untuk bermalam. 


Sabtu (09/11/2019)

Pemandangan di sekitar apartment tepi laut yang kami inap di Slano, sewa dua bilik, $50 euro sebilik.


Border crossing di Zaton Doli (Croatia) / Neum II (Bosnia), jauhnya lebihkurang 25km dari Slano, sebuah border crossing yang kecil di mana kami tidak diperiksa pun. Bila hulur paspot, terus dia buat isyarat suruh pergi teruskan perjalanan. Mungkin kerana Neum (wilayah Bosnia) ini adalah kawasan kecil, di celah dua sempadan Bosnia/Croatia kot?

No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...