Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Tuesday, 21 January 2020

Mostar, Bosnia - Kembara Balkan (November 2019)

Sabtu - 09/11/2020

Kami sampai ke apartment di Mostar, Guesthouse Village Mostar, sebelah petang dalam keadaan cuaca hujan renyai. Booked satu malam, tetapi kami sambung penginapan satu malam lagi.

Cerita sim kad semasa ke Kravice waterfalls yang tak dapat akses internet hingga ke Mostar, rupa-rupanya kerana network breakdown akibat hujan lebat/ribut. Kami dapat tahu pasal ini apabila pergi ke outlet service provider di Mepas Mall di bandar Mostar keesokan harinya. Somehow, breakdown itu mengakibatkan semua data kami habis apabila kami on mobile data. Nasib baik kami top sikit saja. Nak top up data pun tak boleh kerana network masih down, dan disuruh datang kembali esok untuk top up. 😨 


Laman apartment ini agak besar, ditanam dengan pokok-pokok.

Ini pokok pisang kaki. Nampak buahnya dah kuning masak bersepah2 di bawah pokok, cubalah ambik untuk merasa buah yang fresh.. konon.. rupanya tak boleh nak telan sebab rasa kelat yang amat hingga melekat kat gigi.. walaupun ada rasa manisnya. Mungkin yang ini jenis kelat.  Barulah tahu rupanya pisang kaki ini kena peram dulu  beberapa hari baru hilang kelat.



Apartment ini terletak di tepi jalan raya, tetapi tak ada sign board khusus. Waze/google maps hanya tunjuk lokasi di luar sana saja.


Sebelum ke Mepas Mall, kami ke  Tekija Blagaj pagi-pagi hari. Tekija atau Tekke Blagaj adalah sebuah rumah sufi (dervish house) yang berusia hampir 600 tahun. Ianya dibangunkan pada kemuncak pemerintahan Daulah Osmaniah di wilayah ini. Keadaan bangunannya hari ini adalah hampir sama seperti ia mula dibangunkan dulu dan hari ini tempat ini masih lagi digunakan sebagai tempat berzikir.  Air sungai Buna dari sumber mataiar  (Vrelo Bune) yang bercampur dengan air hujan mengalir deras dari dalam gua.  Warna jernih yang kehijauan sangat mempesonakan.   

Restoran-restoran di tepi sungai belum lagi beroperasi, jika tak enak juga menghirup kopi panas dalam cuaca yang sejuk begini.  Apalagi jika dapat makan tengahari di sini dengan pemandangan yang sangat cantik ini.


Bayaran masuk Bosnian Mark 5 (2.5 euro) untuk seorang dewasa.





Foto-foto di persekitaran Tekija Blagaj, snap dari bahagian luar.


Selepas menziarah Tekija Blagaj, kami ke pusat bandar (Mepas Mall) dahulu sebelum ke kawasan tumpuan pelancong, Stari most. Ini kali kedua kami datang ke sini. Dahulunya, pada tahun 2015, asal rancangannya untuk ke Dubrovnik, tetapi tukar rancangan ke Mostar setelah disarankan oleh host apartment di Croatia dulu.

Stari Most atau Jambatan Mostar ini telah dibina semula, dengan penglibatan UNESCO, selepas ianya musnah dalam peperangan Bosnia. Mostar adalah bandar yang paling banyak di bom (1992-1995) dalam peperangan Balkan 3.


Tidak dapat bersiar-siar lama di sini kerana hujan.





No comments:

Post a Comment

Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...