Pages

We make a living by what we get, but we make a life by what we give - Winston Churchill

Friday, 25 August 2023

TNB Cahaya Tanjung Bungah (Ogos 2023)

TNB Cahaya Tanjung Bungah


Sekitar Tanjung Bungah


Sekitar Georgetown


Sekitar Bukit Bendera



Jalan-jalan cari makan

Tuesday, 22 August 2023

Nakhon Si Thammarat, Thailand (Julai 2023)

Kita masuk lagi ke Thai, kali ini trip ke Nakhon Si Thammarat pula.

Mula awal2 pagi dari NS, singgah di Nasi Bamboo Sungai Klah, Perak untuk sarapan lewat/makan tengahari awal. Nasi Bamboo ini dah buka lagi satu cawangan baru di Behrang. Ada papan tanda mengenainya di tepi highway PLUS semasa menghampiri Behrang.

Dah beberapa kali masuk Thailand dengan kereta pun, masih tak fasih sangat lagi urusan membawa masuk kereta sendiri ni. Ada checkpoint penumpang kena turun cop paspot, drebar pula tempat lain untuk urusan cop paspot dan urusan bawa masuk kereta. Ada checkpoint, semua sekali boleh buat tapi tengok musim juga.

Ini tempat deklarasi borang2 kereta, selepas cop paspot. Ada Step1 dan Step 2. Yang ni di Sadao/Bukit Kayu Hitam. 

Pada hari kami sampai, kadar tukaran RM-THB adalah lebih menguntungkan di pekan Sadao berbanding dengan MidValley KL.

Masuk Thailand (Sadao) hari dah agak petang, kami tempah M Village Hostel semasa di Malaysia lagi. Nama hostel, tapi biliknya luas untuk famili (4 org) tidur dengan selesa. Berdekatan (jalan kaki) dengan tempat makan-makan halal.


Kami meneruskan perjalanan ke Nakhon Si Thammarat, adalah dalam 300km perjalanan lagi, pada keesokan harinya.

Dalam perjalanan, tidak ingat apa nama tempat, kereta terlanggar sesuatu, bunyi bising di tayar belakang. Turun check tengok, tiada apa-apa. Teruskan perjalanan, tidak berapa lama selepas itu rasa macam imbangan kereta agak lari sedikit. Berhenti lagi periksa, tengok tayar dah kempis habis. Kami bernasib masa berhenti tu, hampir dengan sebuah kedai tayar. Terpaksa tukar tayar baru, dinding tayar nampak macam terbelah.


Melencong dari jalan utama untuk melewati Lansaka valley, sebelum tiba di destinasi Kiriwong Village.


Kawasan rehat Lansaka.



Kiriwong Village


Singgah minum kopi di Good Time Cafe, sebuah cafe Halal di Kiriwong Village ini. Boleh samada dengan cash ataupun shopee pay.


Kami menginap semalaman di tengah-tengah bandar Nakhon Si Thammarat, di Supachai Inn. Esok paginya, kami berjalan kaki untuk sarapan di sebuah di restoran fishball noodle halal, di hujung jalan.


Setelah beredar dari pusat bandar Nakhon Si Thammarat, kami menuju ke Khanom, untuk melalui jalan pantai, Sichon-Khanom scenic route.


Kemudian kami ke kawasan perkampungan nelayan untuk mencari restoran makanan laut. Kami tak jumpa restoran yang sesuai di kawasan ini. 


Restoran makanan laut ini kami jumpa setelah keluar semula ke jalan besar ketika menuju ke tempat penginapan kami seterusnya. Restoran ini, mengikut kata yang mengurusnya, baru saja memulakan operasi 2/3 bulan lepas.


Kami menginap semalam di Prasarnsook Villa Beach Resort, Sichon yang ditempah semasa di Malaysia lagi. Kami rasa, dari segi pemandangan, penginapan di kawasan Khanom lebih cantik (lebih pantai) dari kawasan Sichon (lebih pantai berbatu). Kedua-dua kawasan ini adalah kawasan tumpuan pelancong dan kadar hotelnya agak mahal berbanding dengan hotel-hotel yang pernah kami inap di Thailand ini.





Hari seterusnya kami singgah lagi ke Hatyai. Semasa menghampiri bandat Hatyai, kami singgah makan dulu di Ku Tao Hanging Leg Noodles (Halal). Tonton youtube videonya. Taip nama restoran ini ke dalam waze untuk ke sana, tapi kami rasa waze bawa jalan-jalan dalam melalui kampong, padahal ada saja jalan utama untuk ke sana.


Di Hatyai, kami menginap semalam di Yannaty Hotel (sebuah hotel halal)


Esoknya kami berpindah ke hotel yang biasa kami inap di tengah-tengah bandar Hat Yai, iaitu Diamond Plaza Hatyai. Kami menginap di sini sebab lebih dekat dengan tempat membeli belah kami.

Setelah menginap beberapa kali sebelumnya di Diamond Plaza ini, kami dapati adalah lebih murah untuk membayar sewa hotel dengan THB secara tunai berbanding dengan tunai (RM) ataupun dicajkan kepada debit/kredit kad. Selalunya sebelum ini kami menempah bilik hotel ini di Malaysia lagi (menerusi Agoda, Booking.com etc).

Antara yang menarik menjamu mata semasa berjalan kaki dari hotel ke pasar-pasar Hatyai.


Berdekatan dengan hotel juga, kami ke Hatyai Plaza yang terletak berhadapan dengan Clock tower Hatyai. Membeli barangan di sini rasanya lebih murah dari Kayson, yang menjadi tempat tumpuan orang-orang Malaysia membeli belah.

Clock Tower.


Kayson, Hatyai


Semasa di Hatyai juga, kami luangkan masa untuk mencuba restoran steak wagyu halal di Black Bridge steakhouse, Hat Yai. Harga wagyu lebih murah berbanding dengan yang di Malaysia.


Facebook Badge

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...