Kami mula bertapak di bumi Balkan apabila mendarat di lapanganterbang antarabangsa Skopje, dari Istanbul, Turki, pada 30 Oktober 2019. 'Berehat' sehari di Skopje, kami memulakan Kembara Balkan pada 01 November dan menyempurnakan kembara tersebut dengan kembali semula ke Skopje pada 18/11/2019, lebihkurang 3 minggu kami di Balkan dengan kembara DIY memandu sendiri kereta yang disewa dari Sixt.
Skopje, Rabu (30/10/2019) - Jumaat (01/11/2019)
Setelah mendarat di Skopje pada 30 Novermber 2019, kami 'berehat' di bandar tersebut keesokan harinya dengan bersiar-siar berjalan kaki di sekitar bandar. Pusat bandar dan lokasi-lokasi yang menarik untuk diziarahi tidaklah jauh dari apartment penginapan, iaitu sekitar radius 4 km sahaja.
Supermarket Vero Center Mall tidak jauh dari apartment, tempat pertama kami tuju kerana hendak mendapatkan sim kad.
Dari supermarket itu, kami berjalan menyusuri sungai Vardar menuju ke kawasan pusat bandar di mana terdapatnya 'Old Bazaar/town' dan lokasi-lokasi yang menarik untuk di ziarahi.
Melewati kawasan Art Bridge di tengah-tengah bandar Skopje..
Kawasan Mother Theresa Square, memorial peringatan Mother Theresa yang dilahirkan di Skopje pada tahun 1910.
Daripada Macedonian Square kami menuju ke kawasan Old Bazaar.
Dekat-dekat kawasan ini kami beli buah berangan yang dipanggang di tepi jalan. Rasanya, inilah buah berangan yang paling sedap yang pernah kami rasai. Buahnya besar, lemak dan manis.
Kale Fortress/Skopje Fortress, bersebelahan dengan SE European University tampak apabila mula memasuki kawasan Old Bazaar
Antara kawasan di Old Bazaar..
Masjid Sultan Murad, yang dibina sendiri oeh Sultan Murat (Daulah Osman) pada tahun 1436.
Selepas bersiar-siar di Skopje dengan berjalan kaki pada hari kedua di Skopje, keesokan harinya kami mengambil teksi yang ditempah oleh host apartment kami untuk ke Hotel Marriot (area Macedonian Square) untuk mengambil kereta sewa Sixt.
Kembara Balkan (01/11/2019 - 20/11/2019)
Hari ke 3 (Jumaat, 01/11/2019) di Skopje, kami memulakan Kembara Balkan dari Skopje yang meliputi perjalanan pemanduan kereta ke destinasi-destinasi berikut:-
- 01/11/2019 Bulgaria (Sofia dan Plovdiv)
- 03/11/2019 North Macedonia (Tetovo dan Ohrid)
- 05/11/2019 Albania (Tirana dan Skhoder)
- 06/11/2019 Montenegro (Ulcinj, Kotor, Lovcen National Park)
- 08/11/2019 Croatia (Dubrovnik)
- 09/11/2019 Bosnia Herzegovina (Kravice, Mostar, Una National Park, Jacje & Travnik, Sarajevo)
- 16/11/2019 Podgorica, Montenegro
- 17/11/2019 Kosovo (Prizren dan Prishtina)
- 18/11/2019 North Macedonia (Matka Canyon, Skopje - this post)
- 20/11/2019 Kembali ke Istanbul (next post)
Sampai ke pekan Gyueshevo, agak awal pagi, tetapi sudah banyak kereta beratur untuk melepasi imigresen North Macedonia-Bulgaria. Arah bertentangan, untuk masuk ke Macedonia dari Bulgaria agak lengang. Dekat setengah jam juga untuk kami lepas garisan sempadan.
Setelah hampir 3 minggu mengembara di negara-negara Balkan, kami kembali semula ke Skopje, North Macedonia pada 18 November, 2019.
Isnin (18/11/2019) - Rabu (20/11/2019)
Sesampai dari Prishtina, Kosovo, kami singgah semula di Vero Center Mall untuk top up simkad dan beli sedikit grocery sebelum ke apartment penginapan yang sama, Dorotea's apartment.
Masa agak lapang di Skopje sekembalinya dari kembara Balkan. Cukup untuk kami 'berehat' sebelum kembali semula ke Istanbul, Turki, dua hari kemudiannya. Keesokan hari kami menziarah ke Matka Canyon.
Hari terakhir di bumi Balkan (20/11/2019) kami round supermarket-supermarket di Skopje, City Trade Center, Skopje City Mall dan Ramstore Mall untuk shopping sikit. Shopping malls kat sini tidaklah besar sangat.
Setelah pulang dari shopping, dalam jam 4 petang kami mula berkemas-kemas untuk ke airport untuk meninggalkan bumi Balkan. Flight kami ke Istanbul, Turkish Airlines TK1006, berlepas jam 8.45 malam dan tiba di Istanbul pada tengah malam waktu Istanbul.
Kereta sewa di hantar di airport sebelum kami terbang ke Istanbul.
Tips menyewa kereta
Ambil foto sejurus selepas mengambil kereta. Ambil foto kesan-kesan calar, kemek etc yang sedia ada semasa mengambil kereta. Kami hantar foto-foto ini kepada pihak penyewa melalui whatsapp.
Ambil juga foto sejurus sebelum kembalikan kereta.
Dulu pernah sekali kredit kad kami di caj setelah kami kembali ke Malaysia. Waktu itu kami sewa kereta di UK. Tidak timbul ada apa-apa isu semasa menghantar kereta, tetapi kemudian kami terima emel mengatakan ada kerosakan di bahagian tayar dan kredit kad kami di cajkan. Nasib baik kami simpan 'car return' checklist dan emelkan kembali kepada mereka. Selepas itu caj kredit kad kami dibatalkan.
Sekiranya melibatkan cross border, pastikan penyewa kereta memberi dokumen-dokumen sewaan kereta, surat kebenaran perjalanan dan dokumen hakmilik kereta. Dokumen-dokumen ini diperiksa setiap kali cross border.
No comments:
Post a Comment